Sunday, January 17, 2010

PEMBENTUKAN MINDA KELAS PERTAMA DI DALAM PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA : SATU ANALISA DEKONSTRUKSI

Pada dasarnya, kertas kerja ini bakal memberikan tumpuan khusus terhadap pembentukan minda kelas pertama di kalangan penduduk Malaysia sebagaimana terkandung di dalam wacana Islam hadhari di Malaysia. Ianya akan menggunakan kaedah analisa dekonstruksi (bongkar dan bangunkan semula) terhadap peranan yang dimainkan oleh institusi pendidikan di Malaysia, dengan merujuk khusus kepada Universiti Malaya. Bagi mencapai tujuan itu, kertas kerja ini dirangka khusus bakal mengandungi beberapa bahagian yang utama yang saling berkaitan antara satu sama lain;
1. Pengenalan- konsep dekonstruksi dan kaitannya dalam bidang pemikiran Islam.
2. Konsep Bina Insan dan kaitannya dengan kelahiran minda kelas pertama di Malaysia.
3. Peranan institusi pendidikan di Malaysia di dalam pembentukan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama : satu analisa kelemahan.
4. Peranan institusi pendidikan Melayu-Islam di dalam pembentukan pelajar yang mempunyai minda kelas pertama di Malaysia : satu pandangan alternative.
a. Reformasi kurikulum pengajian Pengajian Melayu dan Islam
b. Melahirkan kelas intelektual Melayu-Islam.
c. Melahirkan mahasiswa yang celek budaya dan keilmuan Islam.
5. Kesimpulan.


Bakal di sediakan oleh,

Prof Madya Mohd Kamil Abd Majid,
Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim Dan
Nor hayati Md Dahlal
Jabatan Fiqh Dan Usul,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur.
Telefon : 03-79676080/ 012-3192177.
Emel : faqir_ila_rabbih@um.edu.my
annur_1909@yahoo.com

No comments: