Friday, May 20, 2011

TRADISI INTELEKTUAL MELAYU-ISLAM : DARIPADA METAFORA KEPADA SAINTIFIKISME

ABSTRAK
Satu di antara ciri yang menonjol dari setiap puncak tamadun Melayu itu ialah berkembangnya tradisi intelektual. Jelasnya, tradisi intelektual menjadi ciri utama tamadun Melayu yang terus dipertahankan oleh dunia Melayu zaman-berzaman di mana pun pusat tamadun Melayu itu berada dan bila masa pun ianya ada. Persoalan adakah tradisi intelektual Melayu-Islam mampu mendokong saintifiksme terutama dalam arus kehidupan manusia ini. Sejajar itu, kertas kerja ini bakal membincangkan sifat kedinamisan tradisi intelektual Melayu-Islam di dalam menanggani persoalan hidup. Sebelum hal ini dapat dilakukan, kita bakal menganalisis serba sedikit tohmahan buruk yang dikaitkan dengan tradisi inetelektual Melayu-Islam, samada oleh sarjana barat ataupun sarjana tempatan sendiri. Terpenting sekali, tumpuan khusus akan diberikan untuk menunjukkan kemampuan tradisi intelektual Melayu-Islam di dalam mendokong usaha mewujudkan saintifikisme yang lebih bernuasakan elemen keislaman. Justeru, ianya dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian yang utama iaitu: pertama; pengenalan, kedua; konsep intelektual: satu analisis kritikal, ketiga; pemetaan tradisi intelektual Melayu-Islam, keempat; adakah tradisi intelektual Melayu-Islam mampu mendokong saintifiksme, kelima; kesimpulan.


Disediakan Oleh:

Prof. Dato’ Dr. Othman Md. Yatim
Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan
Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim
Nor Hayati Bt Md Dahlal & Norhidayah Mohd Pauzi
Universiti Malaya,
Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur.
Telefon : 03-79676080/ 012-3192177
Emel: faqir_ila_rabbih@yahoo.com
annur_1909@yahoo.com

No comments: