Monday, February 15, 2010

PEMIKIRAN PEMBANGUNAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA : SATU ANALISIS

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim & Norhayati Mohd Dahlal

Abstrak: Kertas kerja ini lebih merupakan usaha tinjauan (pilot studies) awal daripada projek penyelidikan ilmiah FRGS (FR008/2007A) tajaan Universiti Malaya dengan tajuk “Pelaksanaan Syariah Islam Di Malaysia: Kajian Terhadap Infrastruktur Dan Sumber Manusia”. Mengikut tema kajian projek ini yang lebih luas membabitkan agensi penguatkuasaan syariah Islam, artikel ini akan hanya menumpukan perhatian kepada isu paradigma pemikiran asas yang mendasari program pembangunan hukum Islam di Malaysia.

Pendahuluan
Paradigma atau pemikiran asas adalah satu set proposisi (rancangan usulan) yang menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Ia berisikan sebuah pandangan dunia (world-view), suatu cara untuk memecahkan kerumitan dunia, yang memberitahu seseorang ilmuan tentang apa yang penting, apa yang sah dan apa yang bersesuaian dengan logik(Mona Abdul-Fadl:1989). Apa yang lebih dinamik lagi, tiada suatu paradigma pun yang boleh dianggap sebagai sempurna, tetapi perlu sentiasa dilakukan proses reviewing (ulangkaji) bagi memastikan kebenarannya ataupun memperkemaskan lagi paradigma terbabit. Hal terpakai kepada semua bidang ilmu samada ilmu agama, sains tulen dan sains sosial(Nasaruddin Umar:1999).
Memandangkan elemen pemikiran agak sukar diukur secara kuantitatif,(Aini Hassan:2007) kajian ini bakal menggunapakai kaedah analisis kandungan ataupun epistemologi(J. Waardenburg:1973) dengan cara meneliti tema pemikiran pembangunan hukum Islam di dalam bahan kajian ataupun dasar yang dihasilkan oleh sarjana Melayu-Islam yang terlibat di dalam percambahan idea (intellectual discourse) dan merancang program pembangunan hukum Islam.

Kajian Literature Review Terhadap Konsep Dan Praktikal Pembangunan Hukum Islam Di Malaysia.

Mengikut pandangan world-view Islam, syariah Allah merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga diturunkan demi untuk kesejahteraan umat manusia(Quran 7:179;Ramli Awang :1997). Berbanding dengan pemahaman sekular yang membezakan antara kehidupan agama dan sosial di dalam suatu kerangka yang berbeza (Muhammad Zainiy Uthman:2001), hal ini tidak berlaku di dalam ajaran Islam. Sebaliknya, Islam di anggap sebagai al-din (way of life) yang mengandungi peraturan hidup yang lengkap bagi dua dimensi kehidupan (dunia dan akhirat)(Quran 3:19 dan 85; 2:256 ), yang sekali gus telah menetapkan bahawa elemen perundangan ini bukan setakat untuk difahami semata-mata, bahkan perlu dilaksanakan di dalam kehidupan seharian(Quran 4:61 dan 65;24:46-49).
Berasaskan kepada pemahaman ini, gabungan yang erat antara pemerintah (agen penguatkuasa) dan sarjana (agen yang mengkaji, menterjemah dan menyusun formula) amat diperlukan, yang mana kerjasama ini dilihat amat memerlukan kesungguhan intelektual (minda) diiringi dengan komitmen dan kesungguhan pemerintah untuk memastikan kehidupan seharian ummah dijalankan mengikut peraturan Allah(Mahmood Zuhdi Ab. Majid:2001). Atas dasar inilah sarjana Islam yang awal telah membangunkan beberapa institusi khusus untuk tujuan merealisasikan kelangsungan syariah ke dalam masyarakat, yang antara lainnya terdiri dari; (i) pelaksana dan penguatkuasaan syariah Islam (mahkamah syariah), (ii) menjawab kemushkilan masalah masyarakat dan mewartakannya kepada masyarakat (institusi fatwa), (iii) Mahkamah rayuan (Mazalim) dan (iv) agensi untuk memastikan perjalanan aktiviti pentadbiran kewangan negara mengikut peraturan Islam (Hisbah)(Auni Haji Abdullah:2000).
Dalam konteks Malaysia, perbincangan yang menyentuh persoalan pemahaman dan penguatkuasaan undang-undang Islam di dalam negara adalah cukup memberangsangkan sekali yang boleh dilihat dari kesungguhan serangkaian sarjana yang menjadikan tema ini sebagai tumpuan utama kajian mereka. Kajian-kajian ini pada dasarnya boleh dibahagikan kepada beberapa perbincangan dan tema khusus;
1) Pandangan yang diutarakan oleh sarjana barat yang mengatakan kuasa British yang bertanggungjawab memperkenalkan buat pertama kalinya institusi pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang Islam yang lebih kemas kepada masyarakat Melayu(Moshe Yegar:1979).
2) Walaupun ada maklumat tentang kewujudan undang-undang Islam di dalam genre penulisan undang-undang Melayu, seperti Hukum Kanun Melaka, tetapi tidak ada laporan sejarah yang membuktikan ianya telah diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan kuasa British(R.O. Winstedt:1969). Pandangan ini mendakwa undang-undang Islam yang termaktub di dalam kumpulan Malay Degist tidak dilaksanakan secara berkesan kerana ianya terpaksa berhadapan dengan sistem adat feudal pra-Islam(Moshe Yegar:1979). Atas dasar ini juga mereka mendakwa pemahaman dan pengamalan ajaran Islam di dalam masyarakat Melayu bukannya begitu mendalam, seperti lapisan kulit luar semata-mata tanpa isi yang jelas. Oleh sebab itu, demi untuk tujuan mentamadunkan masyarakat Melayu pihak British telah memperkenalkan proses pemodenan sebenar yang merangkumi sistem pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang Islam yang lebih moden(F. Swettenham:1893).
3) Pandangan yang diberikan oleh sarjana tempatan yang menolak dakwaan sarjana barat dengan membuktikan bahawa sebelum kedatangan kuasa British, seperti mana halnya Islam memberi kesan yang mendalam kepada elemen budaya, intelektual dan kehidupan umat Melayu, hal yang sama juga turut berlaku di dalam pengamalan dan penguatkuasaan undang-undang Islam(Abdullah Alwi Haji Hassan:2001). Dalam soal ini, mereka telah mengemukakan banyak bukti yang kukuh, termasuklah catatan pentadbir British sendiri tentang kekuatan dan kelangsungan syariah di dalam masyarakat Melayu(Rahimin Affandi Abd.Rahim:2000).
4) Kajian yang mengambil sikap simplistik dan searah yang menyalahkan pihak penjajah British sepenuhnya di dalam merendahkan status kerelevanan institusi penguatkuasa dan pendidikan Islam tradisi, berbanding dengan kedua institusi yang sama yang diperkenalkan oleh penjajah British, tanpa mengakui kelemahan budaya taqlid yang diamalkan oleh dunia intelektual Islam sendiri(Mahmood Zuhdi Ab. Majid:2001).
5) Kajian yang dihasilkan dalam era 1970-1990an (era kebangkitan semula Islam) yang kebanyakannya menumpukan perhatian kepada kepentingan memahami syariah Islam secara mendalam bukannya secara cebisan tentang konsep dan usaha penerapannya di dalam kehidupan yang perlu dilihat melalui perspektif sejarah Tanah Melayu yang pernah dijajah kuasa asing, di samping penafian terhadap tohmahan buruk yang diberikan kepada syariah Islam. Kedua-dua peranan ini perlu diiringi dengan usaha penyelidikan yang berterusan dan bukannya setakat semangat yang berkobar-kobar semata-mata(Mahmood Zuhdi Ab. Majid:1988).
6) Kajian tentang impak gerakan kebangkitan Islam terhadap pembangunan undang-undang Islam di Malaysia yang membabitkan pelbagai bidang yang agak luas(Norhashimah Mohd Yasin:1994).
7) Kajian yang mencadangkan gagasan dan blueprint terperinci tentang bagaimana usaha pembaharuan terhadap sistem perundangan negara boleh dilakukan agar ianya bersesuaian dengan nilai-nilai Islam(Rahimin Affandi Abdul Rahim:1997).

Paradigma Asas Di Dalam Pemahaman Dan Pelaksanaan Syariah Di Malaysia

Dalam dunia akademik terdapat teori yang menegaskan bagaimana sejarah manusia merupakan urutan peristiwa yang membabitkan penggunaan pemikiran manusia menangani persoalan hidup. Pandangan ini dibuat berasaskan kemampuan manusia menggunakan potensi akal yang mampu untuk (i) mengatasi ancaman daripada persekitaran; (ii) menghadapi ancaman musuh dari dalam dan luar; serta (iii) membangun dan memperkembangkan tamaddun manusia ke arah bentuk yang lebih baik bagi menjamin kelangsungan kehidupan zuriat manusia(Abdul Rahman Abdullah:1997).
Teori ini turut berlaku kepada umat Islam. Dalam soal ini, kita dapat menyaksikan bagaimana sikap umat Islam dalam menghadapi cabaran ini, termasuklah soal pemahaman dan pelaksanaan syariah di dalam masyarakat terbahagi kepada empat paradigma yang utama;
1. Tradisionalism Dan Fundamentalis – paradigma yang dikaitkan dengan fahaman yang mempertahankan sesuatu warisan silam ataupun yang lama. Ianya dapat diperincikan ;
• Eksklusif (tertutup) yang tidak mahu menerima pandangan yang berasal daripada luar, lebih-lebih lagi dalam soal keagamaan. Bagi mereka, hanya pandangan kumpulan mereka sahaja yang paling betul dan menafikan hal ini kepada golongan lain, lebih-lebih lagi yang mempunyai kaitan dengan dunia Barat(Ibrahim Abu Bakar:1994).
• Mengamalkan " backward looking " di dalam mengemukakan jawapan terhadap permasalahan umat Islam. Bagi mereka, segala elemen tradisi yang diputuskan oleh ulamak silam yang terdiri dari karya teologi dan fiqh perlu dipertahankan dan sekiranya ada sebarang usaha yang cuba menilai pandangan ulamak silam, hal ini hanya akan merosakkan lagi warisan yang mulia ini(Abu Bakar Hamzah:1981).
• Mengamalkan pendekatan literalis di dalam memahami ajaran Islam, tanpa merasa perlu melihat konteks sesuatu ayat Quran dan sunnah itu diturunkan pada zaman Rasulullah(H. Abuddin Nata:2000).
• Mempertahankan segala warisan silam dan mempersalahkan kesemua elemen pemodenan. Mereka lebih cenderung untuk mengekalkan status quo yang diamalkan oleh dominant tradition, termasuklah mengambil sikap negatif terhadap sebarang program pembaharuan yang dibuat terhadap agensi Islam.

2. Golongan Yang Terlalu Menekankan Politik Islam. Golongan ini mementingkan medium politik untuk tujuan perjuangan Islam dan menguatkuasakan sistem undang-undang Islam yang sejati. Akibatnya, mereka memandang kebanyakan kerajaan umat Islam sebagai penyokong sistem sekularisme yang diasaskan oleh dunia Barat yang harus ditentang habis-habisan(Mohd Izani Mohd Zain:2005). Walaupun menekankan peri pentingnya diwujudkan sebuah negara Islam, tetapi mereka tidak mengemukakan jalan penyelesaian secara mikro terhadap masalah dan mengambil sikap simplistik yang mendakwa jalan penyelesaian masalah dapat dibuat dengan mudah(Mohammad Hashim Kamali:2003), dengan cara merujuk kepada Quran dan sunnah, tanpa disertakan dengan blueprint yang lengkap yang lebih sesuai dengan realiti Malaysia moden(Mahmood Zuhdi Ab. Majid:2001).

3. Sekularis Dan Liberalis – paradigma terbaru yang muncul dengan kedatangan era globalisasi. Bagi golongan ini, ajaran Islam perlu difahami dengan beberapa pendekatan yang utama(Rahimin Affandi Abdul Rahim:2000);
• Kemunduran umat Islam dari segi fizikal dan intelektual berpunca daripada kesilapan prinsip pemahaman Islam yang dibangunkan oleh sarjana Islam silam.
• Banyak daripada ajaran Islam samada dalam bidang syariah dan teologi sudah tidak relevan, out of date dan tidak sesuai dipakai lagi untuk konteks zaman moden ini.
• Proses untuk memperbaiki kelemahan umat Islam hanya boleh dibuat dengan menerimapakai semua konsep pemodenan ala barat secara mutlak.
• Proses pembaharuan yang perlu diterapkan di dalam memperbaiki kelemahan umat Islam perlu menggunakan pendekatan reform ala barat, yang perlu menolak semua asas dan pemahaman Islam silam, dan sebagai gantinya umat Islam perlu bergantung kepada pendekatan baru seperti mana di kemukakan oleh dunia barat.

4. Reformism – paradigma yang agak sederhana dan bertentangan dengan paradigma tradisionalis. Ianya boleh diperincikan dengan;
• Kepentingan umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Islam yang suci seperti yang terkandung di dalam sumber wahyu, yang bakal memastikan kerelevanan paradigma Tauhid dipakai oleh umat Islam untuk sepanjang zaman.
• Penekanan kepada mewujudkan usaha tajdid dalam semua aspek kehidupan umat Islam akibat daripada proses pemalsuan dan penyelewengan terhadap ajaran Quran dan sunnah yang berlaku rentetan daripada peninggalan umat Islam sendiri terhadap ajaran Islam. Hal ini diburukkan lagi dengan peristiwa penjajahan umat Islam oleh kuasa kuffar Barat, yang secara jangka panjang mengakibatkan suasana kebekuan dan sikap malas ulamak Islam itu sendiri(Taha Jabir Al-Alwani:1991).
• Penekanan kepada penggunaan paradigma rasional berasaskan semangat ijtihad kepada usaha mempercambahkan kreativiti umat Islam.
• Penekanan kepada proses mewujud dan menajamkan daya intelektualism umat Islam di dalam memahami ajaran Islam itu sendiri. Bagi golongan ini, ketinggian tamaddun umat Islam silam bukannya patut dibanggakan secara nastolgia semata-mata, bahkan perlu dipetik kesimpulan dan intipati induktif dalam bentuk pengajaran terbaik daripada peristiwa ini untuk dilaksanakan oleh ummat Islam(Mohamad Kamil Abdul Majid:2001). Mengikut sesetengah sarjana Islam moden, pembangunan tamaddun agung merangkumi Barat dan Islam, adalah berpunca dari amalan budaya ilmu(Wan Mohd Nor Wan Daud:1990). Hal ini dirujuk kepada penggunaan set idea dan kreativiti masyarakat untuk mengkaji sesuatu ilmu dan menterjemahkannya di dalam bentuk program bertindak demi membangunkan pembangunan yang bersifat bersepadu kepada umat manusia(Louay M. Safi:1998).
• Demi untuk menghadapi persaingan dengan kuasa Barat, umat Islam tidak seharusnya menggunakan pendekatan kekerasan(Louay M. Safi:1998), sebaliknya perlu lebih proaktif mempelajari sebab utama ketinggian tamaddun Barat, iaitu ketinggian budaya ilmu mereka(Majid Irsan Kailani:1997), yang perlu diterapkan ke dalam masyarakat melalui institusi pendidikan(Majid Irsan Kailani:2000). Dalam soal ini, secara jelasnya mereka menganjurkan bentuk perjuangan yang bersifat evolusi dan bukannya secara revolusi(Syed Ahmad Hussein:2002).
• Kepentingan mengamalkan pendekatan berfikir secara berperancangan rapi (blueprint) dan bukannya secara retorik semata-mata (Muhammad Kamal Hasan:1996). Bagi reformis semasa, demi untuk memastikan kejayaan usaha refomasi yang lebih berkesan, kita perlu menjauhi perjuangan dan pemikiran ala Khutabah, golongan yang hanya pandai bercakap dengan gagasan yang begitu ideal tetapi tidak tahu menterjemahkan cita-cita tersebut kepada suatu program bertindak yang bersifat praktikal untuk diamalkan. Apa yang lebih diperlukan adalah perjuangan ala fuqaha, yang mampu berfikir secara waras dengan mengambilkira faktor kegagalan dan kejayaan sesuatu program reformasi, dan mampu menterjemahkan cita-cita kepada program yang praktikal dengan suasana setempat (Dr. Majid Irsan Kailani).

Dalam konteks Malaysia semasa, pihak kerajaan lebih condong mendokong paradigma reformisme, khususnya dalam program untuk menegakkan sebuah negara Islam perlu didokong dengan beberapa pendekatan yang penting(Rahimin Affandi Abd Rahim:2003);
1) Menekankan kepentingan memahami realiti masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk; dari segi ras bangsa dan sikap yang agak prajudis dan negatif terhadap Islam, di dalam pembentukan sesuatu dasar negara yang berkaitan dengan Islam.
2) Menekankan peri pentingnya dilakukan penyelidikan yang berterusan terhadap kekuatan dan kelemahan semua birokrasi dan infrastruktur fizikal yang berfungsi untuk penguatkuasaan undang-undang Islam di Malaysia.
3) Menekankan kepentingan mewujudkan system pendidikan yang mampu melahirkan lulusan yang berketerampilan di dalam aspek ilmu Islam dan moden serta akhlak yang seimbang. Semua lulusan ini bakal dipergunakan sepenuhnya untuk tujuan menjayakan agenda pembangunan negara dan pelaksanaan syariah di dalam masyarakat.
4) Menekankan kepentingan untuk melakukan integrasi pendidikan antara keilmuan Islam tradisi dan keilmuan moden yang amat diperlukan untuk konteks zaman moden ini.
5) Menekankan kepentingan mewujudkan program pembangunan social-politik-ekonomi masyarakat berteraskan kepada intipati Islam.
6) Menekankan kepentingan diwujudkan unit sokongan seperti media massa dan NGO bagi membawa kesedaran Islam di kalangan masyarakat.


Paradigma pihak kerajaan ini yang boleh dikatakan sebagai receptive terhadap agenda pembangunan Islam amat berbeza sekali dengan realiti Malaysia selepas merdeka. Namun begitu, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan, khususnya yang membabitkan soal pemakaian metodologi dan neraca penilaian serta pengukuran yang objektif terhadap proses dan realiti pembangunan hukum Islam di Malaysia. Pada masa sekarang, malangnya kerana begitu tertarik dengan pendekatan barat dan tradisi budaya Taqlid, kalangan ilmuan Melayu-Islam telah melakukan beberapa kesilapan di dalam membuat penilaian dan pengukuran ini(Muhammad Abu Bakar:1993).
Dalam konteks Malaysia, kita boleh melihat bagaimana kerana keghairahan untuk mengejar pembangunan yang dikira boleh mengangkat martabat ummah dan membebaskan diri dari pergantungan kepada kuasa asing, sedikit sebanyak kita telah terpengaruh dengan neraca penilaian ala barat(Muhammad Abu Bakar:1993), lebih-lebih lagi jika dilihat kepada beberapa sudut yang utama, antaranya;
1) Pendekatan yang membataskan pemahaman pembangunan kepada sektor ekonomi semata-mata. Hal ini amat dikesali memandangkan skop pembangunan yang sebenar bukan terhenti kepada sektor ekonomi semata-mata bahkan perlu dilihat sebagai usaha peningkatan kesedaran seseorang manusia Islam terhadap hakikat kejadian dirinya sebagai hamba Allah. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pandangan yang menyempitkan pembangunan kepada sektor ekonomi ini mempunyai kelemahan yang amat nyata, seperti mana halnya pernah dialami oleh masyarakat barat;
• Ianya menyerupai pandangan Marxism yang terlalu mementingkan sektor ekonomi melebihi sektor kehidupan lain yang lebih penting, termasuklah sektor agama (Muhammad Syukri Salleh:1990).
• Ianya terlalu terpengaruh dengan konsep pembangunan barat yang menganggap manusia sebagai manusia ekonomi yang hanya inginkan memaksimumkan kepuasan nafsu semata-mata(Muhammad Syukri Salleh:1990).
• Penekanan yang lebih terhadap sektor ekonomi yang mempergunakan sumber alam secara maksima telah menimbulkan pelbagai masalah ekologi yang kemudiannya bakal mengancam kehidupan lain untuk jangka masa panjang (Wan Mohd Nor Wan Daud:2001).
• Penekanan yang berlebihan di dalam dunia hiburan yang bermotifkan keuntungan material dan budaya hedonisme semata-mata menggunakan ikon-ikon artis barat dengan pelbagai produk baru, secara khususnya ditumpukan kepada golongan remaja, telah menimbulkan pelbagai krisis moral yang begitu meruncing sekali.

2) Pendekatan yang memandang tinggi kegunaan ilmu-ilmu sains, ekonomi, pengurusan, IT dan teknologi sehingga sanggup menghina kegunaan ilmu-ilmu agama, yang dianggap sebagai tidak berguna untuk konteks zaman moden. Bahkan terdapat semacam kecenderungan yang menganggap kelangsungan keilmuan dan kesedaran agama sebagai membazirkan sumber kewangan negara(Wan Mohd Nor Wan Daud:2001).
3) Sikap yang memandang tinggi model pembangunan barat, bukan setakat kepada aspek fizikal bahkan turut meniru sistem nilai ala barat yang dianggap sebagai terbaik seandainya sesuatu masyarakat itu ingin mencapai pemodenan sejati(Rahimin Affandi Abd. Rahim:2001). Dewasa ini, sebagai contohnya, telah timbul suatu kecenderungan yang agak membimbangkan iaitu munculnya gesaan dan pandangan dari golongan tertentu yang bertopengkan pandangan ilmiah moden untuk menghina pegangan agama dan Rasulullah sendiri, seperti mana dilakukan secara meluas di dalam masyarakat barat(Wan Mohd Nor Wan Daud:2001).
4) Sikap yang memandang rendah kesungguhan untuk mengikuti sirah nabi dan ulamak salaf seperti mana diperjuangkan oleh kebanyakan gerakan Islam. Dalam soal ini, seorang pemikir tempatan telah menegaskan :” kita telah menyarankan bahawa tidak semua kebaikan itu berlaku apabila kita maju ke hadapan. Dalam hal-hal kebudayaan dan keagamaan Islam contohnya, kebaikan yang paling tinggi ialah untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. serta Awliya dan hukama’ yang berada di belakang kita dari segi sejarahnya. Besar kemungkinan bahawa justeru istilah taqaddum, maju ke hadapan, dianggap satu-satunya ma’na pembangunan sebenar, maka ramai orang tidak menganggap penting perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah silam, dan mengenepikan pendidikan sejarah. Bagi mereka, pendidikan sejarah dan sikap pensejarahan adalah sikap dan usaha yang menoleh ke belakang yang melawani kemajuan dan pembangunan(Wan Mohd Nor Wan Daud:2001).”

Sebaiknya, berhadapan dengan kelemahan di atas, demi untuk membentuk neraca dan metodologi penilaian pembangunan ala Malaysia ini, kita perlu melakukan dua perkara yang utama; pertamanya, kita perlu bersikap selektif dan tidak boleh secara membuta tuli menerima pakai kaedah penilaian barat yang menolak persoalan agama sebagai salah satu elemen pembangunan. Sebaliknya neraca ini seperti ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam merumuskan Indeks Pembangunan Insan (IPI) telah membataskan penunjuk pembangunan Insan kepada tiga perkara sahaja, iaitu kepanjangan umur, pencapaian pendidikan (kadar literasi dan pendidikan formal) dan kadar kehidupan mengikut Keluaran Hasil Kasar Negara percapita yang sebenar(Human Development Report 1998).
Keduanya, di dalam usaha membentuk kerangka dan penilaian ini kita perlu mengambil sikap pertengahan (Tawazun)(Mohd Faisal Malik:2001) dan tidak boleh mengambil sikap yang terlalu ideal, yang biasanya berlaku di dalam dua keadan iaitu;
1) sikap yang terlalu menentang, anti dan memandang rendah dengan perkembangan pembangunan hukum Islam yang telah dilakukan setakat ini. Sikap ini dilihat kebanyakannya terpengaruh dengan politik kepartian sempit dan hanya pandai mengkritik semata-mata tanpa disertakan dengan alternatif penyelesaian masalah yang sepatutnya(Abdul Rahman Embong:2002).
2) sikap yang terlalu memandang tinggi terhadap pembangunan hukum Islam yang telah dicapai sehingga melupakan tugas berat untuk memperelokkan dan mengekalkan apa yang telah dicapai. Sebaiknya, proses memperelokkan ini memerlukan kepada usaha penyelidikan yang rapi, bersifat proaktif dan prihatin dengan segala perkembangan buruk yang berlaku di dalam masyarakat(Abdul Rahman Embong:2002).


Gerakan Kebangkitan Islam Dan Implikasinya Terhadap Konsep Pembangunan Di Malaysia.

Di akhir dekad 70an dan permulaan dekad 80an, sepertimana masyarakat Islam luar, keadaan di Malaysia juga telah dilanda dengan gelombang kebangkitan semula Islam. Arus ini adalah ditandai dengan munculnya kesedaran untuk menyerap dan menegakkan nilai-nilai dan etika Islam dalam seluruh kehidupan(Husin Mutalib:1990) yang diperjuangkan oleh sejumlah besar pertubuhan Islam seperti ABIM, PAS, Tabligh, Arqam, PERKIM, USIA dan sebagainya.
Perkembangan ini kemudiannya telah diiringi dengan perkembangan pesat di dalam sistem pendidikan negara yang lebih bersifat terbuka dan islamik berbanding dengan apa yang ditentukan oleh dasar pendidikan penjajah British. Secara jelasnya bersama-sama dengan rentetan dari kemunculan komitmen untuk meningkatkan kesedaran Islam pada tahun-tahun 1970-1990an, telah lahir beberapa orang tokoh tempatan(Hashim Musa:1993). dalam pelbagai bidang ikhtisas seperti tenaga akademik, pakar undang-undang, pakar ekonomi, yang antara lainnya telah berfungsi sebagai reformis semasa. Mereka telah terlibat secara langsung dalam mendesak, merancang dan terlibat sama di dalam usaha tajdid terhadap institusi perundangan Islam di Malaysia(Rahimin Affandi Abdul Rahim:1997).
Apa yang jelas ialah gabungan di antara badan-badan dakwah, tokoh-akademik dan golongan professional di dalam jentera kerajaan sendiri yang disifatkan oleh Prof. Horowitz sebagai “visible and invisible hand”, telah banyak membantu pihak kerajaan menjayakan program Islamisasi dalam pelbagai bidang di dalam negara(Donald L. Horowitz:1994).
Sepertimana halnya dengan golongan kaum muda, kemunculan golongan reformis semasa ini banyak bergantung kepada dua faktor. Pertamanya ialah hubungan intelektual antara sarjana tempatan dengan pusat-pusat pengajian utama yang membawa idea tajdid merangkumi universiti di Timur Tengah dan Barat. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan lulusan dari Timur Tengah telah menyambung pelajaran mereka ke beberapa universiti di Barat. Hal ini menyebabkan mereka secara langsung terdedah dengan idea-idea tajdid daripada tokoh-tokoh Islam antarabangsa di samping mendapat pengetahuan tentang selok belok metodologi kajian Barat(W.Roof:1988).
Mengikut analisa yang dibuat oleh seorang sarjana Barat yang mengikuti perkembangan pendidikan Islam di Malaysia, pada kebiasaannya apabila tokoh-tokoh yang terdidik dan mendapat latihan di peringkat ijazah tinggi dari kedua-dua pusat pengajian di atas (Timur tengah dan Barat) kembali ke Malaysia, mereka akan berkhidmat di beberapa fakulti pengajian Islam di universiti-universiti tempatan(Fred R. Von Der Mehden:1993).
Manakala faktor yang kedua pula ialah pengaruh bahan rujukan ala tajdid dari luar negeri yang tersebar luas di Malaysia. Berbanding dengan zaman sebelum kebangkitan Islam pada tahun-tahun 1980-an dan 1990-an, kemasukan bahan-bahan ini dalam bahasa Arab dan English sama ada dalam bentuk teks yang asli atau pun terjemahan adalah amat pesat sekali. Penyebarannya pula amat meluas dan dibaca oleh segenap lapisan masyarakat(W.Roof:1988). Malahan, banyak daripada bahan-bahan ini telah dijadikan sebagai teks pengajaran dan rujukan utama di beberapa fakulti pengajian Islam di universiti tempatan(Fred R. Von Der Mehden:1893).
Seterusnya, di sepanjang tahun-tahun 1990an juga memperlihatkan dua trend utama dalam kaedah perjuangan Islam. Pertamanya ialah trend yang mahukan perjuangan gerakan Islam bukan setakat dibuat dalam bentuk retorik semata-mata bahkan perlu disertakan dengan program blueprint yang lengkap yang dapat dijelmakan dalam bentuk plan bertindak(Husin Mutalib:1990). Hasilnya, kita mendapati banyak usaha dan institusi-institusi bercorak Islam telah ditubuhkan di Malaysia seperti Bank Islam, Takaful, UIA, KOHILAL, KBI, TASKA, TASKI dan sebagainya.
Keduanya ialah trend yang mengutamakan kepentingan mengambilkira keadaan dan realiti semasa Malaysia di dalam sesuatu perjuangan Islam. Trend ini telah dijelaskan oleh Esposito dengan katanya:

“However, increasingly, in the late 1980s and 1990s, both the Mahathir government and Malaysia’s Islamic organizations like ABIM and PAS had developed their own paradigms : “ southeast Asian Muslims have become an integral part of the worldwide Muslim intellectual resurgence and are gaining the tools to provide their own interpretations of Islam to the Ummah.” Islam in Malaysia has increasingly taken on a more regional flavor, as scholars trained in the Muslim world and the West apply their knowledge and skills not only to communicating in the more highly developed tradition of Islamic scholarship in the Middle east but also to developing more local Isdlamic iom and thus more relevant”(John Esposito:1996).

Dengan adanya trend ini, sedikit sebanyak pendekatan badan dakwah dan sarjana tempatan telah turut berubah. Kalau dahulunya kebanyakan badan-badan dakwah dan sarjana tempatan lebih berkiblat kepada Timur Tengah dan Pakistan dan menelan bulat-bulat segala saranan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh Islam antarabangsa(Fred Der Mehden:1993), tetapi dengan adanya trend ini, penerimaan sebarang pendapat dan pentafsiran semula telah ditapis berdasarkan kesesuaian dengan realiti tempatan Malaysia.
Kedua-dua trend ini telah menyebabkan timbul beberapa usaha pembaharuan di dalam agensi kerajaan termasuk badan-badan yang dipertanggungjawabkan menjaga persoalan perundangan Islam itu sendiri(Rahimin Affandi Abdul Rahim:1997).

Penilaian Terhadap Bentuk Dan Proses Pemikiran Hukum Islam Di Malaysia

Dalam bahagian ini, penilaian yang rapi akan cuba dilakukan terhadap proses pembangunan hukum Islam yang telah dilaksana dalam konteks Malaysia. Secara metodologinya, pembentangan ini akan cuba menggunakan sepenuhnya pendekatan pertengahan, realisme dan selektif, seperti mana diperjelaskan sebelum ini. Apa yang lebih penting lagi, bersesuaian dengan pandangan yang mengatakan “ maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung sepenuhnya dengan pola pemikiran yang diamalkan oleh pemimpin masyarakat tersebut,”(Majid Irsan Kailani:2000) maka kajian ini akan memusatkan perhatian terhadap bentuk dan paradigma pemikiran yang telah ditonjolkan oleh golongan refomis Melayu semasa. Dengan cara meneliti intipati pemikiran golongan reformis ini, secara mudah kita akan dapat memetik kesimpulan terbaik tentang apa yang ingin dicapai oleh golongan reformis ini, yang kemudiannya telah diterapkan di dalam pembangunan hukum Islam yang membabitkan pelbagai bidang yang agak luas. Dengan kata lain, kajian ini tidak akan menumpukan perhatian kepada mana-mana institusi yang berkaitan dengan perundangan Islam, tetapi sebaliknya akan lebih memberikan perhatian terhadap isi dan kandungan pemikiran tajdid yang diamalkan oleh reformis Melayu semasa.
Secara realitinya, seiringan dengan perkembangan kesedaran kebangkitan semula Islam yang dicirikan dengan pelbagai aliran pemikiran tertentu seperti fundamentalism, tradisionalism, reformism dan modenism;(Abdul Rahman Abdullah:1997) percambahan pemikiran yang berbentuk islah (pembaharuan) telah berlaku dengan begitu meluas sekali, termasuklah di dalam bidang perundangan Islam. Apa yang lebih penting lagi, disamping menjana dan mengasaskan penubuhan institusi berbentuk fizikal, gerakan islah ini amat mementingkan isi dan kerangka pemikiran khusus, yang rata-ratanya bersifat positif dan pro pemodenan. Akibatnya, kita akan mendapati bagaimana proses pembangunan hukum Islam memang berlaku di Malaysia, dilihat dari sudut pembangunan insfransturktur keilmuan iaitu pemikiran dan institusi perundangan Islam yang tertentu.
Mengikut pengamatan semasa, reformis Melayu semasa ternyata telah berjaya mencetuskan proses pembangunan hukum Islam di Malaysia yang dibuat menggunakan beberapa paradigma pemikiran positif, pertamanya, proses meneliti punca kelemahan perundangan Islam berhadapan dengan cabaran pemodenan, dan keduanya, proses menyedia dan mengemukakan jawapan syarak terhadap kemunduran syariah Islam menggunakan paradigma tajdid.
Dewasa ini, telah timbul suatu fenomena yang memburukkan golongan ulama Melayu yang begitu meluas di dalam masyarakat. Pada peringkat awalnya, tindakan ini telah dimulakan oleh tokoh politik dan seterusnya diwarwar oleh media massa perdana membabitkan pelbagai bentuk wacana perbincangan. Antara nisbah buruk yang kerap dikaitkan dengan ulamak adalah kononnya golongan ini mempunyai masalah luaran dan dalaman dalam berfikir, seperti jumud, backward looking, keras kepala, gila kuasa, terlalu mementing politik kepartian dan menolak segala bentuk pemodenan.
Berhadapan dengan persoalan ini, kita terpaksa menggunakan pendekatan ilmiah Islam, yang mengajarkan seseorang Muslim untuk bersikap skeptik, berhati-hati dan keperluan untuk melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang lebih adil dan menyeluruh tanpa sebarang sifat berat sebelah(Rahimin Affandi Abdul Rahim:2000), kita akan melihat persoalan kejumudan ulamak ini dengan memusatkan tumpuan terhadap dua perkara utama; adakah benar ulamak Melayu semasa menderitai penyakit jumud ini dan bagaimanakah sikap dan bentuk pemikiran reformis Melayu semasa terhadap sebarang isu yang timbul di dalam masyarakat.

Proses Meneliti Punca Kelemahan Perundangan Islam Berhadapan Dengan Cabaran Pemodenan.
Dalam soal ini, secara jelasnya dua pendekatan telah diamalkan oleh golongan reformis Melayu semasa;
(1) Pendekatan Berfikir Secara Autokritik Mengantikan Kaedah Berfikir Secara Bentuk Pembenaran. Kaedah pembenaran ini merujuk kepada cara berfikir yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri, suka berdolah dalih dan mengaitkan sesuatu kelemahan yang berlaku kepada orang lain, kerana pada anggapannya dirinya serba cukup dan sempurna(Quran 42:30; 53:32; 7:22-23).
Kita boleh memberikan suatu contoh yang agak baik untuk menerangkan pendekatan autokritik ini, iaitu sikap reformis Melayu semasa yang tidak fanatik kepada pandangan sendiri dan secara terang-terangan mengakui kelemahan (self criticism) paradigma Taqlid yang terdapat di dalam sistem pendidikan Islam tradisional, yang perlu diperbaiki segera. Tokoh-tokoh reformis Melayu seperti Ahmad Ibrahim, Mahmood Zuhdi Abd. Majid, Wan Mohd Salim Wan Mohd Nor, Abdullah Alwi Haji Hassan dan Samat Musa mengakui keburukan sikap beku, jumud dan taqlid di kalangan fuqaha yang sepatutnya bertindak sebagai inteligensia Muslim membangun sistem fiqh yang up to date telah menimbulkan beberapa kesan buruk,(Rahimin Affandi Abdul Rahim:1997) seperti :-
• Kecenderungan ini telah menimbulkan suatu kekosongan fikiran yang berbentuk ilmu. Kekosongan ini kemudiannya telah direbut atau diambil peluang oleh aliran politik luar seperti Kominis, Sekularisme dan sebagainya.
• Kecenderungan ini menyebabkan berlakunya kesempitan dalam pelaksanaan hukum Islam, yang hanya dibataskan kepada bidang undang-undang kekeluargaan sahaja.
• Kecenderungan ini juga menjadi sebab lahirnya tindak balas yang berlebihan dari sesetengah pihak sehingga mereka mahu mengikut model barat secara mutlak tanpa menilai kesesuaiannya dengan lunas-lunas Islam dan perkiraan ketimuran.

Atas dasar ini, demi untuk menghapuskan ketiga-tiga elemen yang terhasil akibat dari kelesuan dan kegagalan sistem fiqh, kita terpaksa mengambil sikap proaktif dengan membangunkan sistem fiqh Islam yang bersifat semasa di dalam institusi membabitkan pengajian keilmuan Islam yang bermatlamatkan; pertamanya, melatih pelajar untuk menganalisis institusi Islam dan kaitannya dengan realiti semasa, berbanding dengan sistem pengajian ala Taqlid silam yang menggunakan pendekatan yang tidak kritikal, tertutup dan berasaskan latar belakang yang bukan bersifat Malaysia(Rahimin Affandi Abdul Rahim:1997). Keduanya, bentuk pengajian fiqh Malaysia ini dapat dijadikan sebagai asas utama untuk menyediakan infranstruktur intelektual sebelum sesuatu cita-cita negara Islam boleh tercapai(Mohd. Kamil Ab. Majid:1993). Ketiganya, dapat menunjukkan ciri-ciri kesempurnaan yang terkandung di dalam sistem penyelesaian fiqh Islam yang merangkumi keperluan menjaga kepentingan hubungan dengan Allah, sesama makhluk dan hubungan manusia dengan alam.
Atas dasar ini juga para reformis Melayu semasa telah berusaha untuk membuktikan sifat kesempurnaan yang terkandung di dalam syariah Islam. Hal ini boleh dikatakan agak mendesak memandangkan syariah Islam kerap dijadikan tohmahan buruk dan banyak nisbah negatif yang dilemparkan oleh dunia akademia barat(Ismail Ibrahim:1996), yang kemudiannya telah mempengaruhi sebahagian besar penganut Islam sendiri(Asep Syamsul M. Romli:2000). Pembetulan terhadap tohmahan buruk ini mengikut penegasan al-Quran,(Nahl : 125;Ankabut : 46) wajib dijalankan dengan penuh ketabahan dan ketelitian oleh sarjana Islam(Abu Ala Mawdudi:1996).
(2) Pendekatan Berfikir Secara Kritikal Dan Tidak Membuta Tuli Di Dalam Menghadapi Sesuatu Isu Penting Yang Timbul Di Dalam Masyarakat. Pendekatan ini juga merujuk kepada empat bentuk pemikiran lagi, iaitu (i) berfikir secara menyeluruh mengantikan berfikir secara sebahagian(Quran 10:39). Pemikiran secara menyeluruh ini merujuk kepada pengetahuan terhadap sesuatu secara mendalam dengan mengetahui ciri-ciri, perincian dan hubungannya diantara perincian tersebut(Quran 3:7;2:256);(ii) bentuk berfikir secara reformatif mengantikan berfikir secara jumud dan tradisional(Quran 43:23;2:170); (iii) bentuk berfikir secara ilmiah mengantikan berfikir secara prasangka(Quran 17:36;18:15) dan mengikut hawa nafsu(Quran 53:23;28) dan (iv) bentuk berfikir sesuai dengan hukum alam mengantikan berfikir secara supra rasional dan tahyul(Quran 33:38).
Sebagai contohnya, kita boleh meneliti pandangan reformis Melayu yang agak kritikal dan positif terhadap perkembangan teknologi maklumat moden. Tanpa menafikan sumbangan positif yang diberi oleh perkembangan IT ini, rata-ratanya reformis semasa telah mengamalkan sikap yang berhati-hati dalam soal ini(Zainuddin Bin Jaafar:1998), memandangkan perkembangan teknologi maklumat telah menyebarkan fahaman sekularisme bentuk baru dengan meluas di dalam masyarakat(Zakaria Stapa:1997). Fahaman ini seperti mana halnya dengan fahaman sekularisme klasik merupakan fahaman yang anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu (sensate culture) (Zakaria Stapa:1999). Begitu juga, dengan perkembangan teknologi maklumat yang melanda dunia umat Islam, kedua-dua kesan samada positif ataupun negatif terpaksa diterima(Zulkiple Abdul Ghani:1992), apatah lagi umat Islam rata-ratanya terdiri dari pengguna semata-mata kepada perisian-perisian dari barat yang bercanggah dengan prinsip-prinsp Islam(Zulkiple Abdul Ghani:1999).
Begitu juga pandangan yang melihat sesuatu permasalahan yang timbul dalam kehidupan manusia dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh. Sebagai contohnya, mengikut pendapat yang dikemukakan oleh gerakan Islam permasalahan sosial yang melanda golongan remaja di Malaysia tidak boleh dipersalahkan kepada kelemahan diri seseorang remaja semata-mata bahkan patut dilihat sebagai akibat daripada faktor yang lebih luas lagi, iaitu pengaruh budaya hedonisme barat yang dibenarkan berkembang luas di dalam masyarakat Malaysia moden(Rahimin Affandi Abd. Rahim:1999), di tambah pula dengan faktor kegagalan institusi keluarga untuk menapis segala bentuk kemungkaran yang timbul di dalam masyarakat(Rahmah Hashim:1996).


Proses Menyedia Dan Mengemukakan Jawapan Syarak Terhadap Kemunduran Syariah Islam Menggunakan Paradigma Tajdid.
Dalam soal ini, beberapa pendekatan telah diusahakan oleh reformis Melayu semasa, iaitu;
(1) Pendekatan Yang Mengutamakan Kepentingan Mengambilkira Keadaan Dan Realiti Semasa Malaysia Di Dalam Sesuatu Perjuangan Islam(John Esposito:1996). Trend yang bersifat pro pemodenan ini boleh dijelaskan dengan melihat kepada konsep Fiqh Malaysia semasa.
Pada dasarnya, dilihat dari segi susunan konsepnya, gagasan Fiqh Malaysia ini ialah suatu percubaan untuk menyediakan sistem fiqh Islam yang bersifat semasa, yang difikirkan paling sesuai untuk masyarakat Malaysia. Konsep fiqh Malaysia ini ataupun juga dikenali dengan fiqh kontemporari mempunyai asas otoritinya daripada metodologi Ilmu usul al-fiqh. Berasaskan pemahaman terhadap kerangka epistemologi hukum Islam yang membezakan tahap kebenaran yang terkandung di dalam konsep fiqh dan Syariah(Rahimin Affandi Abdul Rahim:2002), seseorang fuqaha dibenarkan untuk bersikap kritikal, review dan bebas samada hendak menerima pakai ataupun sebaliknya terhadap kandungan sesuatu karya fiqh Islam(Mohd Daud Bakar). Pandangan ini bertepatan dengan gerakan tajdid (pembaharuan) yang bertujuan untuk menilai secara kritikal warisan karya fiqh silam dan mengemaskinikan pandangan-pandangan fiqh yang berupa penyelesaian masalah masa kini yang dihadapi oleh masyarakat secara Islamik, berteraskan hukum-hukum Islam serta memperluaskan operasi hukum supaya dapat bertindak sebagai agen pengawal kepada segenap aspek kehidupan manusia(Muhammad Said Busytami:1984). Dengan kata lain, gerakan tajdid ini bertindak untuk mengerakkan fiqh Islam secara dinamis supaya dapat berjalan seiring dengan perubahan keadaan manusia yang disebabkan oleh faktor perubahan masa dan tempat(Muhammad Abbas Husni:1996).
Namun begitu, perubahan yang dimaksudkan bukan bererti memodifikasi dan mengkoordinasikan sistem fiqh supaya berjalan seiring dengan pelbagai sistem yang ada tanpa melihat bagaimana ia beroperasi, bahkan tuntutan sebenar adalah menggerakkan fiqh supaya seiring dengan perubahan berdasarkan prinsip-prinsip dan lunas-lunas yang telah digariskan oleh syara’(Muhammad Abbas Husni:1996).
Peluasan peranan fuqaha untuk setiap zaman ini antara lainnya bertujuan untuk; pertama, memperbetulkan segala bentuk kelemahan dan keburukan yang selama ini dinisbahkan kepada syariah Islam(Mahmood Zuhdi Abd. Majid:1997), dan membuktikan idea kemajuan yang terkandung di dalam Islam(Muhammad Abu Bakar:1982). Keduanya, mengingatkan fuqaha bahawa mereka patut menjadi agen perubahan yang bersikap prihatin dan proaktif dengan isu-isu semasa yang timbul di dalam masyarakat(Mahmood Zuhdi Abd. Majid:1997). Bersesuaian dengan tugas fuqaha sebagai pewaris nabi-nabi, sepatutnya tugas mereka bukan terhad kepada menjadi penyaksi kepada peristiwa sejarah di zamannya, tetapi apa yang lebih penting lagi mereka patut menjadi tenaga utama yang mengerakkan peristiwa sejarah tersebut dengan menganalisis permasalahan semasa dan mengemukakan jawapan yang terbaik(Mohd Kamil Ab. Majid:1999).
Berasaskan pendekatan ini, seorang fuqaha perlu menangani sesuatu perubahan dan pemodenan secara positif dan proaktif, dan bukannya secara “ backward looking.” Secara khususnya, seseorang fuqaha perlu mengambil pendekatan; pertamanya, kepekaan yang tinggi terhadap masalah semasa yang timbul dalam masyarakat(Abdullah Ali Haji Hassan). Keduanya, mengurangkan monopoli pengkhususan yang dimiliki oleh seseorang fuqaha dan membangunkan keadah ijtihad jama’i (collective). Ketiganya, persediaan fuqaha untuk meningkatkan pengetahuannya samada ilmu agama ataupun bukan agama. Ketiga-tiga pendekatan ini kalau dilihat dari segi semangat dan tekniknya dapat dikesan di dalam konsep Fiqh Malaysia(Rahimin Affandi Abdul Rahim:2000).
Apa yang lebih penting lagi, penggunaan perkembangan teknologi terkini boleh digunakan sepenuhnya untuk mengemaskinikan pembinaan Fiqh engines ala Malaysia ini. Dalam soal ini, berhadapan dengan perkembangan pesat sains dan teknologi, beberapa perkara boleh diambil manafaat secara khusus untuk tujuan pembinaan Fiqh Malaysia:-
• Penggunaan teknologi terkini untuk memperkemaskan proses ijtihad dan penyebaran secara lebih berkesan hasil usaha ijtihad ini kepada masyarakat awam. Dalam soal ini perkakasan dan perisian teknologi maklumat boleh digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan kesedaran ummah Islam(Mohd. Jamil Sulaiman:1999).
• Perisian yang memuatkan kandungan kitab-kitab rujukan yang muktabar samada dalam bentuk terjemahan ataupun teks yang asal yang diperlukan untuk tujuan penyelidikan hukum oleh seseorang sarjana Islam secara pasti akan memudahkan lagi sesuatu usaha ijtihad. Berbanding dengan zaman sebelum era globalisasi, pada masa sekarang perisian keilmuan sumber asas Islam ini ternyata lebih merata dan meluas penggunaannya membabitkan seluruh dunia, yang mustahil dilakukan suatu masa dahulu(Ahmad Jamali Sepihie).
• Penyediaan ruangan soal jawab agama yang berbentuk secara umum ataupun khusus dalam soal perundangan (telehukum) dapat dimanafaatkan sepenuhnya bagi menjawab segala kemusykilan masyarakat awam.

(2) Pendekatan Berfikir Secara Sentesis, Yang Mengabungkan Antara Keilmuan Agama Dengan Keilmuan Moden(Badlihisham Mohd Nasir:2002), termasuklah juga prinsip moden yang terdapat di dalam sistem undang-undang barat. Pendekatan ini paling ketara diamalkan oleh reformis Melayu semasa yang mengamalkan sikap terbuka di dalam usaha mencari formula penyelesaian yang lebih bersifat semasa membabitkan masalah hukum Islam. Dalam soal ini, beberapa contoh boleh dikemukakan, antaranya :-
• Jawatan Kuasa Teknikal Syariah dan Sivil di dalam usaha memperbaiki sistem perundangan Islam Malaysia semasa yang lebih bersifat moden telah menerima pakai prinsip undang-undang sivil yang tidak bertentangan dengan prinsip asas Islam(Ahmad Ibrahim:1987).
• Penerimaan pandangan mazhab Islam yang lebih terbuka di dalam peraturan menetapkan sesuatu fatwa(The Administration Of Muslim Law Of Federal Territory Act 1993) dan pemakaian konsep fiqh Malaysia(Raihanah Haji Abdullah:2001).
• Keperluan untuk menerima pakai keilmuan moden di dalam proses memperkemaskan perundangan Islam(Abdul Monir Yaacob:1994).
• Penggunaan prinsip penjagaan kebajikan dan hak asasi wanita yang lebih baik di dalam pengubalan enakmen kekeluargaan Islam(Rahimin Affandi Abdul Rahim:2001).

(3) Pendekatan Yang Proaktif Dengan Keperluaan Semasa Di Dalam Membangunkan Perundangan Islam. Sebagai respon terhadap kehendak dan keperluan Globalisasi yang menyaksikan pencapaian pesat Malaysia ke arah negara industri dan mementingkan teknologi maklumat, reformis Melayu semasa rata-ratanya telah mengambil sikap proaktif dengan cabaran moden ini. Bukti yang jelas dalam soal ini boleh dilihat dengan merujuk kepada usaha penyusunan semula struktur dan kandungan kurikulum pengajian Syariah di beberapa institusi pendidikan tinggi Islam Malaysia ke arah suatu bentuk pengajian yang bersifat semasa, yang mampu melahirkan tenaga kerja yang mahir dengan keilmuan Islam bersesuaian dengan kehendak pasaran kerja, disamping mampu berfungsi sebagai intelektual ummah(Rahimin Affandi Abdul RAhim:1997).
(4) Pendekatan Berfikir Secara Berperancangan Rapi (Blueprint) Dan Bukannya Secara Retorik Semata-Mata(Muhammad Kamal Hasan:1996). Bagi reformis semasa, demi untuk memastikan kejayaan usaha refomasi yang lebih berkesan, kita perlu menjauhi perjuangan dan pemikiran ala Khutabah, golongan yang hanya pandai bercakap dengan gagasan yang begitu ideal tetapi tidak tahu menterjemahkan cita-cita tersebut kepada suatu program bertindak yang bersifat praktikal untuk diamalkan. Apa yang lebih diperlukan adalah perjuangan ala fuqaha, yang mampu berfikir secara waras dengan mengambilkira faktor kegagalan dan kejayaan sesuatu program reformasi, dan mampu menterjemahkan cita-cita kepada program yang praktikal dengan suasana setempat(Majid Irsan Kailani:2000). Kita boleh mengemukakan beberapa contoh untuk menerangkan pendekatan ini. Antaranya, pertama, pendekatan gerakan Islam di Malaysia yang menjalankan agenda gerakan mereka bukan setakat dibuat secara retorik semata-mata bahkan perlu disertakan dengan program blueprint yang lengkap yang dapat dijelmakan dalam bentuk plan bertindak(Husin Mutalib:1990). Hasilnya, kita mendapati banyak usaha dan institusi-institusi bercorak Islam telah ditubuhkan di Malaysia seperti Bank Islam, Takaful, UIA, KOHILAL, KBI, TASKA, TASKI dan sebagainya(Badlihisham Mohd. Nasir:1998).
Contoh keduanya adalah sikap reformis Melayu yang bertindak sebagai solutionist dan bukannya semata-mata sebagai oppurtunist, pencari punca masalah yang disertakan kemudiannya dengan metode penyelesaian terhadap permasalahan tersebut(Wan Mohd. Nor Wan Daud:2001). Untuk memperjelaskan perkara ini kita boleh meneliti pandangan reformis semasa terhadap persoalan pembangungan alternatif untuk Malaysia. Dalam soal ini, reformis telah mengkritik kelemahan pengamalan konsep pembangungan ala sekular barat yang dipaksakan pemakaiannya untuk negara dunia ketiga, termasuklah Malaysia(Wan Mohd. Nor Wan Daud:2001). Apa yang jelasnya, mereka bukan setakat mendedahkan kelemahan konsep pembangunan ala barat yang bersifat anti agama, terlalu mementingkan kebendaan, tidak mempedulikan keseimbangan ekologi alam sekitar(Muhammad Kamal Hasan :2001) dan penafian terhadap kepentingan moral di dalam kehidupan(Wan Mohd. Nor Wan Daud:2001), bahkan turut mencadangkan konsep pembangunan alternatif, pembangunan ala Islam yang lebih bersifat bersepadu(Wan Mohd. Nor Wan Daud:2001).
Berikutnya mereka terus mengambil sikap yang prihatin dengan setiap perkembangan semasa yang wujud di dalam masyarakat, dengan meneliti sebab musabab sesuatu perkara timbul dan mencadangkan jalan penyelesaian yang difikirkan terbaik. Ringkasnya, mereka tidak cepat terpukau dan menjadi pasif dengan propaganda meluas yang diberikan oleh media massa perdana akibat dari perkembangan pembangunan material yang amat pesat di Malaysia(Russli Kamarudin:2002), bahkan turut mengambil sikap solutionist dan kritikal terhadap sebarang perkembangan negatif yang timbul didalam negara(Muhammad Kamal Hasan:1993), dengan harapan dapat memperbaiki keadaan ini melalui kaedah yang memperseimbangkan elemen pembangunan material dengan pembangunan insan yang lebih baik(Muhammad Kamal Hasan:1993).
Pendekatan blueprint ini juga boleh dikesan dari tindakan reformis Melayu semasa yang memberikan perhatian kepada usaha mengubah sesuatu perkara terhadap bahagian terpenting (substance) yang difikirkan boleh menjadi asas dan bakal melahirkan serta mempercambahkan pelbagai hasil pembaharuan yang lebih baik. Hal ini boleh dirujuk antara lainnya kepada tindakan JTSS mendesak pihak kerajaan meminda Perlembagaan, Akta A 704, Perkara 121(1A) pada tahun 1988, yang memutuskan mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan di dalam kes-kes yang berada dalam bidang kuasa mahkamah Syariah(Kamal Halili Hassan:1989). Disamping itu juga JTSS ini telah mempengaruhi pihak kerajaan untuk menyusun struktur pentadbiran agensi Islam dengan harapan ianya dapat meningkat dan menseragamkan taraf mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia(Rahimin Affandi Abdul Rahim:1997).


Kesimpulan
Walaupun dewasa ini kelas ulamak sering dikaitkan dan dituduh dengan segala bentuk keburukan, kajian ini secara jelas membuktikan bahawa setakat ini hal yang sebaliknya telah berlaku. Hal ini dapat dilihat dari sudut kesungguhan dan kegigihan kelas ulamak Melayu moden yang juga dikenali sebagai reformis Melayu semasa, membangunkan suatu kerangka pemikiran yang agak advance berbanding dengan golongan bukan ulamak. Bentuk pemikiran positif ini telah dilihat dalam kajian ini sebagai bertanggungjawab melahirkan dan memankin proses pembangunan hukum Islam yang boleh dibanggakan. Apa yang boleh dibanggakan, usaha ini telah mendapat dokongan sepenuhnya oleh pihak kerajaan, yang barang pastinya bakal merancakkan lagi program pembangunan hokum Islam di Malasia. Sebagai langkah proaktif, perkembangan positif ini perlu didokong oleh sarjana Melayu-Islam yang lain, khususnya yang terlibat di IPTA dan agensi pelaksanaan Islam di dalam Negara.

Rujukan

Lihat Mona Abdul-Fadl (1989), Paradigms In Political Science Revisited, Herndon : Amss & IIIT.
Nasaruddin Umar (1999), “ Metode Penelitian Berperspektif Jender Tentang Literature Islam “, Jurnal Al Jami’ah, No. 64, V. Xii.
Aini Hassan (2007), “ Kualitatif Atau Kuantitatif : Memahami Andaian Asas Yang Mendasari Penyelidikan Pendidikan “, Jurnal Masalah Pendidikan, V. 30(1).
J. Waardenburg(1973), Classical Approaches To The Study Of Religion, The Hague.
Ramli Awang (1997), Tasawwur Rabbani Menurut Al-Quran Dan Sunnah, Kuala Lumpur.
Muhammad Zainiy Uthman (2001), “ Islam, Sains Dan Pemikiran Objektif : Suatu Perbandingan Ringkas”, Jurnal Yadim, Bil. 2, November 2001.
Lutpi Ibrahim (1993), “ Perhubungan Ilm Kalam Dengan Fikh Dalam Pemikiran Islam “, Antologi Pemikiran Islam, Shah Alam.
Maklumat Lanjut Boleh Di Dapati Dalam Auni Haji Abdullah (2000), Hisbah Dan Pentadbiran Negara, Kuala Lumpur.
Moshe Yegar (1979), Islam And Islamic Institutions In British Malaya, Jerusalem.
R.O. Winstedt (1969), A History Of Classical Malay Literature, Kuala Lumpur.
F. Swettenham (1893), About Perak, Singapore,
Abu Hassan Sham Dan Mariyam Salim (1995), Sastera Undang-Undang, Kuala Lumpur.
Abdullah Alwi Haji Hassan (2001), “Adat Melayu Mengikut Perspektif Perundangan Orang Islam Di Malaysia “, Adat Melayu Serumpun, Kuala Lumpur,
Norhashimah Mohd Yasin (1994), Islamisation Or Malaynisation : A Study On The Role Of Islamic Law In The Economic Development Of Malaysia : 1969-1993, Tesis Ph.D Untuk School Of Law, University Of Warwick, England;
Ahmad Hidayat Buang (1997), “ Muamalat Di Malaysia : Suatu Tajdid Atau Reaksi Pasaran “, Dinamisme Pengajian Syariah, Berita Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Abdullah (1997) , Pemikiran Islam Di Malaysia : Sejarah Dan Aliran, Jakarta : Gema Insani.
Ibrahim Abu Bakar (1994), Islamic Modernism In Malaya, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Abu Bakar Hamzah (1981), Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908, Kuala Lumpur.
H. Abuddin Nata (2000), Peta Keragaman Pemikiran Islam Di Indonesia, Jakarta : Rajawali Pres.
Mohd Izani Mohd Zain (2005), Islam Dan Demokrasi : Cabaran Politik Muslim Kontemporari Di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Mohammad Hashim Kamali (2003), Hukuman Dalam Undang-Undang Islam : Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan Dan Terengganu, Kuala Lumupr : Ilmiah Publisher.
Taha Jabir Al-Alwani (1991), “ Taqlid And The Stagnation Of The Muslim Mind “, The American Journal Of Social Sciences, V. 8, No. 3, 1991.
Mohamad Kamil Abdul Majid (2001), “ Pertembungan Tamaddun Islam Dengan Kolonialisme Barat “, Tamaddun Islam Dan Tamaddun Asia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud (1990), “ Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamaddun “, Jurnal Pendidikan Islam, V. 3, Bil. 1.
Louay M. Safi (1998), Truth And Reform : Exploring The Patterns And Dynamics Of Historical Change, Kuala Lumpur : Open Press Publication.
Majid Irsan Kailani (1997), Mendidik Peribadi, Muhammad Firdaus (terj.), Kuala Lumpur: Berita Publishing.
----------------------- (2000), Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Jerusalem Ke Pangkuan Islam, Abdullah Abbas (terj.), Kuala Lumpur : Thinker Libraries.
Syed Ahmad Hussein (2002),, “ Muslim Politics And Discourse On Democracy “, Francis Loh Kok Wah And Khoo Boo Teik (eds.), Democracy In Malaysia : Discourses And Practices, Richmond, Surrey : Curzon Press.
Muhammad Kamal Hasan (1996), Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In Malaysia, Kuala Lumpur : ABIM.
Muhammad Abu Bakar (1993), “ Pendirian Dan Pembangunan : Islamisasi Dan Isu-Isu Semasa, Dengan Rujukan Kepada Tugas Generasi Ulul Albab Dalam Abad Ke-21 “, Dalam Islam Dan Masyarakat Maju, Kuala Lumpur.
Muhammad Syukri Salleh (1990), “ Pembangunan Untuk Manusia Atau Manusia Untuk Pembangunan : Analisis Tentang Manusia Dalam Pembangunan Berteraskan Islam “, Dalam Konsep Dan Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, Pulau Pinang.
Wan Mohd Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur, h. 16.
United Nations Development Programme (1998), Human Development Report 1998, New York.
Mohd Faisal Malik (2001), Konsep Wasatiyyah Dalam Islam : Rujukan Utama Terhadap Pemikiran Islam, (Kertas Projek Untuk Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malay).
Abdul Rahman Embong (2002), “ Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam “, Dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Pada 29-31 Januari 2002.
Husin Mutalib (1990), Islam And Ethinicity In Malay Politics, Singapura.
Hashim Musa (1993), “ Kebangkitan Semula Islam Dan Pengajian Melayu : Persoalan Akademik “, Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Prof Datok Mohd. Taib Osman, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Donald L. Horowitz (1994), “ The Quran And The Common Law : Islamic Law Reform And The Theory Of Legal Change “, The American Journal Of Comparative Law, V. 42.
W.Roof (1988), “ Patterns Of Islamization In Malaysia 1890s-1990s : Exemplars, Institutions And Vectors “, Journal Of Islamic Studies, V. 9.
Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle East, Florida.
Majid Irsan Kailani (2000), Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Jerusalem Ke Pangkuan Islam, Abdullah Abbas (terj.), Kuala Lumpur, h. 365-368.
Abdul Rahman Abdullah (1997), Pemikiran Islam Di Malaysia : Sejarah Dan Aliran, Jakarta.
Mohd. Kamil Ab. Majid (1993), “ Sejarah Perkembangan Penulisan Hukum Islam Di Malaysia : Tumpuan Khusus Di Negeri Kelantan “, Jurnal Syariah, V. 1, Bil. 1.
Ismail Ibrahim (1996), “ The Image Of Islam : An Insight “, Jurnal Ikim, V. 4, No. 1.
Asep Syamsul M. Romli (2000), Demonologi Islam : Upaya Barat Membasmi Kekuatan Islam, Jakarta.
Abu Ala Mawdudi (1996), “ The Imperative And Objective Of Islamic Research “, Conceptual And Methodological Issues In Islamic Research : A Few Milestones, Kuala Lumpur.
Zainuddin Bin Jaafar (1998), “ Al-Quran Dan Globalisasi “, Monograf Minda KISDAR, Shah Alam.
Zakaria Stapa (1997), “ Negara Malaysia Yang Maju Dan Berakhlak Mulia : Realiti Dan Kemungkinan “, Jurnal IKIM, V. 5, No. 1.
(1999), “ Ancaman Pasca Moden Dan Faham Modenisme Terhadap Akidah Dan Akhlak Umat Islam Masa Kini “, Al-Maw’izah, V. 7.
Zulkiple Abdul Ghani (1992), “Imperatif Multimedia Dalam Pembangunan Ummah”, Multimedia Dan Islam, Kuala Lumpur.
------------------ (1999), “ Teknologi Maklumat : Hubungannya Dengan Perkembangan Hukum Islam Semasa “, Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur.
Rahmah Hashim (1996), Media Dan Keluarga, Petaling Jaya.
John Esposito (1996), Islam And Democracy, New York: Oxford University Press.
Mohd Daud Bakar, “ Hukum Islam : Antara Prinsip Syariah Dan Perbendaharaan Fiqh “, Dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun.
Muhammad Said Busytami (1984), Mafhum Tajdid Al-Din, Kuwait.
Muhammad Abbas Husni (1996), Perkembangan Fiqh Islam, Mohd Asri Hashim (terj.), Kuala Lumpur.
Mahmood Zuhdi Abd. Majid (1997), “ Pengajian Syariah : Satu Pentakrifan “, Dalam Dinamisme Pengajian Syariah.
----------------------(1997), Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohd Kamil Ab. Majid (1999), “ Ulama Dan Perubahan Social Dalam Islam “, Jurnal Usuluddin, Bil. 10.
----------------------- (1988), “ Ke Arah Merealisasikan Undang-Undang Islam Di Malaysia “, Ke Arah Merealisasikan Undang-Undang Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur.
-----------------------(2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Di Malaysia, Kuala Lumpur.
Muhammad Abu Bakar (1982), Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur.
Abdullah Ali Haji Hassan, “ Permasalahan Intelektual Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa Di Malaysia “, Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun.
Mohd. Jamil Sulaiman (1999), “ Peluang Ummah Dalam Pembangunan Multimedia”, Multimedia Dan Islam, Kuala Lumpur, h. 145-156.
Ahmad Jamali Sepihie, “ Multimedia Sebagai Pemangkin Kesatuan Ummah”, Multimedia Dan Islam.
Badlihisham Mohd Nasir (2002), “ Sirah Nabawi Menurut Dr. Kalim Siddiqui”, Dakwah Kepada Masyarakat Muslim Di Malaysia, Bangi.
Ahmad Ibrahim (1987), “ The Shariah And Codification In The Malaysian Experience”, Shariah Law Journal.
------------------------(1995), “ The Superiority Of The Islamic System Of Justice”, Jurnal IKIM, V. 3, No. 2.
The Administration Of Muslim Law Of Federal Territory Act 1993, Section 39.
Raihanah Haji Abdullah(2001), “Pegawai Syariah Wanita Di Mahkamah-Mahkamah Syariah Di Malaysia”, Dalam Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun,.
Anisah Ab. Ghani(2001), “Batas-Batas Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Dalam Masyarakat Islam Kini: Satu Huraian Hukum Islam Semasa”, Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun.
Abdul Monir Yaacob (1994), “ Syariah Dan Common Law Di Malaysia “, Jurnal IKIM, V. 2, No, 1.
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2001), “ Persoalan Gender Di Dalam Perundangan Islam Di Malaysia : Suatu Analisis Ringkas”, Wanita Dan Perundangan Islam, Kuala Lumpur.
-----------------------(1997), “ Gerakan Tajdid Teori Dan Realiti”, Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd, h. 104-106.
------------------------, “ Fiqh Malaysia : Suatu Tinjauan Sejarah”.
------------------------ (2002), “ Epistemologi Hukum Islam : Satu Pengenalan “, Jurnal Usuluddin, Bil. 15.
------------------------ (1999), “ Krisis Remaja Dan Media Massa Di Malaysia : Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam “, Jurnal Usuluddin, Bil. 10.
------------------------- (2001), “ Orientalisme Dan Keutuhan Ummah Islam : Satu Analisis “, Jurnal Syariah, V. 9, Bil. 1
----------------------- (2000), “ Etika Penyelidikan Islam : Satu Analisa “, Jurnal Afkar, Bil. 1.
------------------------(2003), “Konsep Tajdid Dan Pemikiran Islam Dr. Mahathir : Satu Analisis “, Dalam Prosiding Seminar Dr. Mahathir Pemikir Islam Abad Ke 21, Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur.
------------------------(1999), Islamic Legal Reform In The Administration Of Islamic Law In Malaysia : A Critical Analysis, Tesis Ph.D Untuk University Of Birmingham.
----------------------(2000), “ Fiqh Malaysia : Suatu Tinjauan Sejarah “, Fiqh Malaysia, Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini, Sungai Buloh.
Muhammad Kamal Hasan (1996), Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In Malaysia, Kuala Lumpur, h. 56-57 Dan 93-97.
Dr. Majid Irsan Kailani (2000), Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Jerusalem Ke Pangkuan Islam, Abdullah Abbas (terj.), Kuala Lumpur.
Husin Mutalib (1990), Islam And Ethinicity In Malay Politics, Singapura.
Badlihisham Mohd. Nasir (1998), Islamic Movements In Malaysia : A Study Of Da’wah In Pas And Abim, Tesis Ph.D Untuk University Of Birmingham, h. 190-300.
Wan Mohd. Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur.
Muhammad Abu Bakar (1993), “ Pendirian Dan Pembangunan : Islamisasi Dan Isu-Isu Semasa, Dengan Rujukan Kepada Tugas Generasi Ulul Albab Dalam Abad Ke-21 “, Dalam Islam Dan Masyarakat Maju, Kuala Lumpur.
Muhammad Kamal Hasan (2001), Intellectual Discourse At The End Of The Second Millennium : Concerns Of A Muslim-Malay Ceo, Kuala Lumpur.
Wan Mohd. Nor Wan Daud (2001), Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur, h. 25-40.
Russli Kamarudin (2002), “ Realisme, Niccolo Machiavelli Dan Al-Ghazali : Satu Perbandingan “, Dalam Politik Malaysia : Perspektif Teori Dan Praktik, Bangi.
Muhammad Kamal Hasan (1993), Terhadap Krisis Pecah Amanah Dan Krisis Moral Di Kalangan Remaja Di Malaysia Dalam Toward Actualizing Islamic Ethical, Kuala Lumpur.
Kamal Halili Hassan (1989), “ The Shariah Court And Article 121(1a) Of The Federal Constitution “, Jurnal Perundangan,32.

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim,
Norhayati Mohd Dahlal
Jabatan Fiqh dan Usul,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 50603 Kuala Lumpur.
Telepon : 03-79676080/ 012-3192177.
Email : faqir_ila_rabbih@um.edu.my
Email :Rahimin_afandi@hotmail.com

No comments: